Saturday, May 29, 2010

Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran

Oleh Taidin SuhaiminArtikel Motivasi  untuk Pelajar, Motivasi Belajar, Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran,  Bagaimana Mengulangkaji Pelajaran, Tempoh Mengulangkaji ( Pecutan  Akhir), Merancang Program Mengulangkaji Mata Pelajaran, Pembahagian Mata  Pelajaran Dalam Mengulangkaji, Pengertian Mengulangkaji, Mengulangkaji  Menjelang Peperiksaan, Tips-Tips Mengulangkaji, Mengulangkaji Pelajaran  Di Saat-Saat Akhir Peperiksaan
Artikel  Motivasi untuk Pelajar, Motivasi Belajar, Teknik-Teknik Mengulangkaji  Pelajaran, Bagaimana Mengulangkaji Pelajaran, Tempoh Mengulangkaji (  Pecutan Akhir), Merancang Program Mengulangkaji Mata Pelajaran,  Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji, Pengertian  Mengulangkaji, Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan, Tips-Tips  Mengulangkaji, Mengulangkaji Pelajaran Di Saat-Saat Akhir Peperiksaan
Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar:
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning, 1990).
Artikel Motivasi  untuk Pelajar, Motivasi Belajar, Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran,  Bagaimana Mengulangkaji Pelajaran, Tempoh Mengulangkaji ( Pecutan  Akhir), Merancang Program Mengulangkaji Mata Pelajaran, Pembahagian Mata  Pelajaran Dalam Mengulangkaji, Pengertian Mengulangkaji, Mengulangkaji  Menjelang Peperiksaan, Tips-Tips Mengulangkaji, Mengulangkaji Pelajaran  Di Saat-Saat Akhir Peperiksaan
Pengenalan
Artikel ini menjelaskan pengertian dan kepentingan mengulangkaji pelajaran serta bagaimana dan bila ulangkaji harus dimulakan.

Pengertian Mengulangkaji
Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:

  1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
  6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu. Artikel  Motivasi untuk Pelajar, Motivasi Belajar, Teknik-Teknik Mengulangkaji  Pelajaran, Bagaimana Mengulangkaji Pelajaran, Tempoh Mengulangkaji (  Pecutan Akhir), Merancang Program Mengulangkaji Mata Pelajaran,  Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji, Pengertian  Mengulangkaji, Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan, Tips-Tips  Mengulangkaji, Mengulangkaji Pelajaran Di Saat-Saat Akhir Peperiksaan
    Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)
    Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.

    Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.

    Merancang Program Mengulangkaji

  7. Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
  8. Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
  9. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
  10. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
  11. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
  12. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
  13. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  14. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
  15. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.
  16. Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji

    Mata Pelajaran Yang Anda Lemah

    • Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
    • Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.
    Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
    • Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
    • Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
    • Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.
    Menilai Keupayaan Anda
    Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.

    Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.

    1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan
    Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

    2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
    Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.

    3. Penilaian Secara Lisan
    Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

    Mengatasi Kelemahan

    Mencari Sebab (Post-Mortem)
    Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

    Sebab-sebab kesalahan berlaku:

    Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi.
    Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.

    Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham.
    Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.

    Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami.
    Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.

    Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari.
    Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.

    Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
    Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

    Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-

    • Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
    • Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
    • Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
    • Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam: Isu dan Cabaran(2)

TINGKATAN Enam semakin tidak popular. Pelbagai program untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antaranya matrikulasi, kursus asasi dan diploma, prauniversiti serta program persediaan di institusi pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta menjadikan calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berkurangan.

Kemerosotan ini memerlukan perhatian Kementerian Pelajaran kerana dikhuatiri program Tingkatan Enam yang diwujudkan sejak sekian lama untuk calon STPM yang dahulunya dikenali High School Certificate (HSC) sepi ditelan zaman.

Laporan Majlis Peperiksaan Malaysia mendapati jumlah calon menduduki peperiksaan itu menurun daripada 73,690 pada 2006, kepada 66,048 (2007) dan 53,638 tahun lalu.

Berdasarkan situasi itu perlu ada proses penjenamaan semula supaya ia lebih menarik dan mempunyai nilai komersial bagi memastikan lepasan sekolah yang menyertainya kekal berdaya saing sama ada untuk memasuki pasaran pekerjaan mahupun meneruskan pengajian di IPT.

Cadangan kerajaan mewujudkan kolej Tingkatan Enam seperti diumumkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, adalah langkah terbaik dalam memaksimumkan keupayaan pelajar senior dalam sistem pendidikan negara.

Jika di negara jiran, pelajar kategori ini akan mengikuti pengajian di kolej junior sebelum melanjutkan pengajian ke universiti tempatan mahupun luar negara.

Kajian semula perlu memberi penekanan kepada proses pembelajaran ala kampus sebagai persiapan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran IPT selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM.

Pelajar yang rata-ratanya berusia di antara 18 hingga 19 tahun ini mempunyai keistimewaan kerana masing-masing sudah melalui proses pembelajaran secara berperingkat selama 11 tahun bermula Tahun Satu.

Banyak pengetahuan serta pengalaman diperoleh sepanjang tempoh berkenaan hingga menjadikan mereka lebih bersedia berhadapan situasi mengarahkan mereka berdikari mendapatkan bahan bacaan serta rujukan tambahan.

Cadangan menyediakan asrama pula relevan kerana pergerakan mereka mudah dipantau kerana golongan ini mudah terjebak dengan unsur negatif, selain dapat mengoptimumkan alam persekolahan mereka dengan mengikuti aktiviti lebih bermakna.

Begitu juga cadangan menyediakan sekolah khas untuk pelajar Tingkatan Enam, ada baiknya hanya satu sekolah dalam sesuatu daerah melaksanakan program itu. Guru dan pelajar diasingkan supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Jika mereka berada dalam satu premis dikhuatiri wujud senario tidak kondusif dalam proses pengajaran membabitkan guru biasa dengan guru Tingkatan Enam yang sebahagian mereka memiliki gred lebih tinggi dengan tahap minimum pada DG44 hingga DG54 dan Jusa C bagi pengetua kanan.

Walaupun sesetengah pihak menganggap isu ini remeh namun bakal menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di antara guru lama yang masih berada pada gred lebih rendah berbanding rakan baru yang sudah dinaikkan ke gred lebih tinggi.


Lazimnya setiap kali kerajaan melaksanakan proses menaiktaraf pastinya akan ada lantikan baru serta kenaikan gred, keadaan itu menimbulkan reaksi positif dan negatif pelbagai pihak.

Penjenamaan semula memerlukan penelitian kerana ia membabitkan banyak pihak dari segi penyelarasan kelas hinggalah lantikan guru oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penyelarasan serta kajian semula memerlukan nasihat pakar dalam mahupun luar negara termasuk mendapatkan pandangan daripada tokoh pendidik, selain mengadakan perbincangan dengan anggota masyarakat, industri dan IPT.

Program pelajaran selama satu tahun setengah itu perlu dipenuhi pelbagai pendidikan serta dilengkapkan dengan aktiviti nilai ditambah bukan hanya memberi tumpuan akademik semata-mata.

Pada peringkat ini, pelajar Tingkatan Enam boleh dijurus kemahiran serta pengetahuan kepada aktiviti sampingan menerusi kokurikulum yang dapat memupuk kemahiran kepimpinan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelajar ini boleh ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu projek untuk dimanfaatkan semua pihak antaranya untuk memajukan masyarakat sekitar.

Sebagai contoh, beliau berkata, jika sekolah menyarankan pelajar menjalani projek kemasyarakatan serta pembangunan sesuatu kawasan, mereka boleh ditugaskan menyediakan kertas kerja untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.

Tahap pemikiran mereka sudah matang dan mempunyai keupayaan membuat keputusan, selain mempunyai kelebihan berkomunikasi.

"Inilah ciri istimewa yang diharapkan kerajaan kepada generasi muda hari ini, mereka bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik tetapi keadaan seimbang termasuk memiliki kemahiran insaniah.

"Kami yakin jika pelajar diberi kepercayaan pada peringkat sekolah, masing-masing mudah menyesuaikan diri apabila berada di pusat pengajian tinggi serta mampu menjadi insan lebih peka kepada persekitaran," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas hanya guru yang mempunyai gred tertentu mengajar pelajar Tingkatan Enam, Alimuddin berkata, JPA sudah mengeluarkan surat lantikan kepada guru berkenaan. Pelajar Tingkatan Enam hanya akan diajar guru gred minimum DG44. Guru berkenaan pula hanya mengajar pelajar Tingkatan Enam. Ia bagi memastikan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar berkenaan.

Sebelumnya, ada guru yang mengajar Tingkatan Enam perlu mengajar pelajar lain menyebabkan masing-masing berhadapan bebanan tugas yang banyak.

Penyelarasan ini memberi peluang guru meningkatkan kemahiran serta mutu pengajaran pelbagai kaedah termasuk menyediakan perbincangan serta perbahasan dalam sesuatu topik yang dikemukakan menerusi proses pembelajaran interaktif.

Sumber: Norliza Abdullah
lizz@bharian.com.my

Berita Harian Online: 12 Mac 2009

PENJENAMAAN SEMULA TINGKATAN ENAM: ISU & PROSPEK ( PRE UNIVERSITY SIXTH FORM REBRANDING IN MALAYSIA)

Pelaksanaan pengajian tingkatan enam sebagai kelas prauniversiti berwajah baharu masih dalam proses peralihan. Hanya kohort pelajar tingkatan enam rendah tahun 2011 bakal menjalani sepenuhnya sistem baharu yang membabitkan perubahan besar-besaran dari segi kurikulum, penyampaian, pentaksiran dan aktiviti nilai tambah yang lain. Persiapan dari segi kelengkapan pembelajaran, modul dan tenaga guru akademik (pensyarah) juga memerlukan masa untuk dimobilisasikan.

Memandangkan Unit Pengurusan Tingkatan Enam, Kementerian Pelajaran Malaysia masih baru, dan penyelarasannya di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah juga sedang dimantapkan, sudah tentu banyak perkara yang mungkin menjadi kemusykilan guru dan pelajar.

Walau apapun, sekalung tahniah buat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin yang begitu prihatin terhadap sistem pengajian tingkatan 6 yang semakin dicabar hebat oleh kemunculan sistem pengajian prauniversiti yang lain. Jika hendak menunggu segala-galanya sempurna baru hendak dilaksanakan, barangkali peluang kenaikan pangkat guru akademik tingkatan 6 dan sistem pengajian tingkatan 6 sedia ada akan semakin terpinggir daripada arus perdana pendidikan tinggi.

Antara isu yang mendapat perhatian ialah dari segi lantikan guru dan perubahan sistem kerja. Bagi guru yang memilih untuk kenaikan pangkat. sudah tentu lantikan sebagai guru akademik tingkatan enam bagaikan durian runtuh. Guru yang terpilih berpeluang menikmati gred jawatan lebih tinggi dan bayaran saraan yang lebih baik.

Namun demikian, ada juga guru yang sudah menerima surat lantikan memilih untuk merayu supaya dikembalikan status quo. Antara alasan yang lazim ialah kesukaran untuk berpindah sekolah, lanjutan masa bekerja hingga petang dan keperluan menyediakan dokumentasi tertentu, terutama penyelidikan. Bagi guru wanita, pengurusan persekolahan anak-anak yang masih kecil mungkin sekali mempengaruhi keputusan sedemikian.

Bagi pelajar pula, mereka hanya menerima, walaupun terdapat segelintir daripada mereka masih terpinga-pinga. Ada yang mengatakan exhausted, sudah tidak bermaya untuk ke pusat tuisyen atau sekadar menonton televisyen. Pelajar perlu stay back dan tidak sempat balik pada waktu tengah hari.

Sudah menjadi lumrah sesuatu perubahan: ada sokongan dan ada bantahan. Pepatah Melayu mengatakan alah bisa tegal biasa. Dengan berlalunya masa, guru dan pelajar tingkatan 6 dipercayai berupaya menyesuaikan diri.

Teori analisis daya lapangan (force field analysis) yang dikemukakan oleh Kurt Lewin menerusi disiplin psikologi dan pengurusan menamakan golongan penyokong perubahan sebagai daya pacu (driving forces), manakala yang membantah sebagai daya rintang (restraining forces).
Perubahan mengakibatkan banyak kehilangan: antaranya hilang status quo, hilang rakan, hilang kebiasaan, hilang peranan dan macam-macam lagi.

Namun, perubahan juga membuka peluang kepada citra baharu, pemikiran baharu dan kepuasan kerja yang lebih tinggi.Bagi ibu bapa (segelintir menganggap sekolah sebagai pusat asuhan, babysitter) mungkin berasa teramat lega. Mereka tidak perlu berbelanja lebih dan diserabuti kekhuatiran anak mereka melencong ke mana-mana jika tidak dihantar ke pusat tuisyen. Perniagaan pusat tuisyen peringkat STPM juga mungkin terjejas. Sebahagian markah STPM akan diberikan oleh guru akademik tingkatan 6 menerusi modul dan sistem pentaksiran serba baharu.

Pendek kata, proses penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan enam tidak sunyi daripada hujah menyokong dan membantah. Dari segi penggubalan dasar, hal ini memang dialu-alukan kerana hujah dialektik sebegitu akan membantu proses mengumpul input dan perspektif supaya pada akhirnya dasar yang diperkenalkan memberi faedah kepada majoriti, tanpa mengorbankan kepentingan minoriti. Pendekatan utilitarian ini masih mendominasi kebanyakan penggubal dasar.

( Dipetik daripada : Blog cikguazharrodzi.blogspot.com )

Friday, May 28, 2010

Membaca Menghiburkan

Anda mungkin mendengar kata-kata berikut, "Membaca buku memeningkan kepala." Kita selalu dimarahi guru atau ibu bapa kerana malas membaca. Lalu anda mencari alasan dan menjawab, " Berilah kesempatan untuk menghiburkan diri dengan menonton TV sekejap." Kata-kata tersebut kadangkala terbawa-bawa sehingga ke akhir hayat bahawa membaca memeningkan kepada dan tidak menghiburkan.

Sebenarnya membaca itu menghiburkan anda. Membaca tidak memenatkan anda apa lagi memeningkan kepala anda. Percayalah membaca menghiburkan anda, tetapi dengan syarat anda minat membaca dan memanfaatkan apa yang anda baca. Minat membaca akan timbul jika anda tahu kepentingan dan keperluan membaca. Kalau anda memenuhi syarat-syarat tersebut , maka anda bukan sahaja terhibur apabila membaca, malah anda akan dapat rasakan bahawa itulah hiburan yang paling istimewa.Hiburan yang sebegini dinikmati oleh para pembaca yang mahir yang telah menghayati tabiat membaca.

Dalam hal ini kepada semua pelajar SMKAI mesti membaca kerana membaca itu jambatan ilmu. Orang yang banyak membaca tidak akan rugi malah ilmunya semakin bertambah. Keyakinan diri akan meningkat dan dapat memberi pendapat dengan bernas kerana ada banyak fakta dalam minda masing-masing. Untuk mencapai Prinsipal A atau Gred A dalam mata pelajaran yang diambil membaca menjadi syarat wajib di samping menguasai teknik-teknik belajar yang lain.

Tuesday, May 25, 2010

GURU JURUTERA INSAN

Tiada siapa yang dapat menafikan sumbangan guru terhadap kejayaan seseorang pelajar. Namun demikian sumbangan guru kini lebih besar daripada menukarkan pelajar yang tak pandai kepada pandai dan yang pandai kepada lebih pandai. Guru sekarang bertanggungjawab membina dan membangunkan modal insan yang bukan hanya cemerlang dalam akademik malah cemerlang sahsiah juga . Hal ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan.

Yang pasti usaha itu tidak mudah. Usaha tersebut merupakan usaha berterusan, sejak orang itu dilahirkan hingga menjadi dewasa. Usaha itu menuntut penglibatan, pengorbanan dan komitmen tinggi daripada guru. Guru bolehlah digelar sebagai Jurutera Insan. Guru memikul tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Mereka akan terus bertugas tanpa mengenal erti penat dan jemu, baik di bandar , luar bandar mahupun pedalaman, tanpa meminta apa-apa balasan atau penghargaan terhadap tugas mereka. Hadiah yang paling bermakna buat seorang guru adalah kejayaan anak-anak didiknya dalam peperiksaan dan seterusnya berjaya mengharungi kehidupan berbekalkan ilmu yang dititipkan oleh guru-guru mereka. Guru akan puas jika dapat "Memanusiakan Manusia" kerana manusia ini akan menjadi orang berguna dan dapat pula memberi sumbangan kepada negara.

Sunday, May 23, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun telah berjalan bermula 18 Mei 2010. Guru -guru mengharapkan agar semua pelajar KPPU Atas telah membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan ini. Ambillah waktu untuk mengulangkaji pelajaran serta jagalah pemakanan dan kesihatan masing-masing. Semasa menjawab soalan, biarlah dalam keadaan tenang agar akal dapat berfikir dengan rasional. Pastikan kejujuran sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar KPPU Atas. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari Guru 2010


17 Mei 2010 , sambutan Hari guru peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan ini telah dikendalikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan(KGKT) dan Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti (MPPPU) SMK Alang Iskandar. Sambutan ini sederhana namun tetap meriah dengan pelbagai acara seperti sukaneka, persembahan daripada pelajar-pelajar dan juga persembahan guru yang mendapat tempat di hati pelajar SMKAI. Akhir sekali guru-guru dihidangkan dengan jamuan yang menyelerakan kerana perut masing-masing dah lapar. Tahniah pada KGKT dan MPPPU!.

Persembahan pelajar 6 atas

Sukaneka: puzzle

Bila PKT6 jadi pereka fesyen...

Ucapan ketua pelajar: Mustaqin Yahya


Pengacara Majlis: Zaris n Rasyidah



Wednesday, May 19, 2010

Minggu Orientasi KPPU Bawah 2010




Pada 10 hingga 14 mei 2010 telah berlangsung program Orientasi KPPU Bawah . Program ini telah dikendalikan oleh En Heri bin Kechik selaku Kaunselor dan En Rashidy bin Jaafar selaku Penyelaras KPPU Bawah 2010. Seramai 127 orang pelajar telah mendaftar sepanjang tempoh tersebut.

Pelajar KPPU Bawah telah didedahkan dengan taklimat matapelajaran yang ditawarkan di SMK Alang Iskandar. Sebanyak 6 kelas telah dibentuk iaitu kelas 6RPerakaunan, 6RP.Perniagaan, 6REkonomi, 6RGeografi, 6RPSV dan 6R Sastera.