Sunday, June 27, 2010

Program Kecemerlangan Akademik- P.Am Daerah Kerian 2010

Pada 24 Jun 2010 yang lalu telah berlangsung Program Kecemerlangan Akademik untuk matapelajaran Pengajian Am peringkat Daerah Kerian. Pada hari tersebut merupakan giliran SMK Alang Iskandar. Seramai 4 orang penceramah dari sekolah sekitar daerah Kerian telah mencurahkan ilmu dan teknik-teknik menjawab kertas Pengajian Am. Penceramah tersebut adalah Pn Kwok See Fong (SMK Panglima Bukit Gantang), En Muhamad Aini (SMK Muzaffar Shah), En Haron (SMK Raja Lope Nur Rashid) dan Pn Siti Aminah(SMK Alang Iskandar). Kesemua penceramah adalah guru berpengalaman dalam bidang masing-masing. Diharapkan program ini dapat meningkatkan lagi prestasi akademik para pelajar KPPU.




Friday, June 25, 2010

Program Menderma Darah Sempena Hari Guru

Pada 23 Jun 2010 yang lalu seramai 12 orang pelajar KPPU Atas telah bermurah hati untuk menjayakan Program Menderma Darah sempena sambutan Hari Guru 2010 bertempat di PKG, Bagan Serai. Pada mulanya program ini menarik minat 23 orang pelajar, namun pada hari tersebut hanya 12 orang hero dan heroin je yang muncul dan berani tampil ke hadapan. Walaubagaimanapun terdapat kekecewaan pada riak muka pelajar KPPU ini kerana ada di antara mereka yang gagal dalam saringan disebabkan masalah seperti tidak cukup darah, berat kurang dan sebagainya. Apa pun niat mereka yang ikhlas patut diberi pujian, syabas diucapkan kepada 12 orang pelajar tersebut.

ceria...saat menunggu

rilex jer...



Friday, June 18, 2010

SEKALUNG TAHNIAH!!! 40 orang berjaya ke IPTA

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar STPM 2009 yang telah berjaya mendapat tempat ke IPTA sesi 2010. Keputusan semakan boleh dibuat mulai hari ini 18 Jun 2010. Seramai 40 orang atau 40% pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian mengikut kursus masing-masing. Berikut adalah analisa mengikut kelas;
6A Perakaunan - 3 orang
6A P.Perniagaan - 12 orang
6A Ekonomi - 10 orang
6A Geografi - 5 orang
6A PSV - 3 orang
6A Sastera - 7 orang

Diharapkan dengan keputusan ini akan menaikkan semangat pelajar KPPU sekarang untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai matlamat masing-masing.

Saturday, June 5, 2010

Muhasabah Diri

Peperiksaan pertengahan tahun telah selesai. Cikgu-cikgu telah menyemak jawapan pelajar . Bagi yang banyak kelas terpaksalah korbankan masa cuti sekolah ni untuk menyiapkannya.Malangnya apabila dah memeriksa jawapan pelajar terasa tak puas hati . Seolah-olah ada yang 'missing'. Jawapan pelajar tak mendalam , tak menjawab kehendak soalan. Cikgu tertanya-tanya apa halnya ? Dah ajar cara jawab, dah buat ceramah teknik menjawab, dll. Banyak pelaburan dah dibuat oleh sekolah demi memastikan pelajar berjaya.Rasanya cikgu-cikgu dah buat apa yang sepatutnya.

Sekarang ni , pelajarlah yang perlu muhasabah diri. Jika hendak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, ubahlah sikap anda. Fokus dan ulangkaji serta buat latihan banyak-banyak sehingga anda menguasai satu-satu bab @ tajuk. Cikgu- cikgu hanya dapat membimbing dan mendoakan sahaja. Usaha lain terpulang kepada pelajar-pelajar sekalian. Gunalah waktu cuti ni untuk membuat latihan, buat analisa soalan STPM tahun-tahun lepas dan membaca bahan-bahan berfaedah terutama isu-isu penting yang berlaku pada tahun 2008-2009. Ingat membaca dapat meluaskan pengetahuan kita.

Thursday, June 3, 2010

PUNCA PRESTASI AKADEMIK PELAJAR LEMAH

Pengajaran dan pembelajaran merupakan bidang tugas utama seseorang pendidik di samping tugasan yang lain. Namun, setiap kali analisa keputusan peperiksaan dikeluarkan, ramai yang mengeluh kerana keputusan yang tidak memberangsangkan dalam kalangan pelajar. Para pendidik seringkali membuat refleksi kendiri adakah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di kelas tidak atau kurang berkesan. Persoalannya adakah refleksi kendiri ini juga turut dilakukan oleh para pelajar??..Adakah pelajar hanya membiarkan sahaja permasalahan ini atau dalam kata lain tidak ambil kisah langsung tentang prestasi pelajaran mereka. Biarlah masa dan arus yang menentukannya..Kalau nasib baik maka keputusan cemerlang dan sebaliknya. Dimanakah kesedaran mereka atau anak-anak didikku sekelian....

Terdapat beberapa faktor mengapa prestasi pembelajaran lemah dalam kalangan pelajar. Antaranya adalah:
1) Faktor Teknik Belajar
- Tidak berupaya mengurus masa belajar dengan baik
- Tidak pernah bertanya guru jika tidak faham
- Tidak memahami pelajaran
- Tidak membuat persediaan sebelum kelas bermula
- Tidak/jarang mencari bahan rujukan di perpustakaan
- Tidak mengulangkaji pelajaran setiap hari

2) Sikap pelajar
- Sikap sambil lewa atau tidak kisah
- Tidak berasa bersalah jika tidak menyiapkan kerja
- Suka berkhayal
- Suka keluar bersuka-suka dengan kawan-kawan
- Suka menangguh kerja
- Malas mengulangkaji pelajaran
- Lebih suka menonton TV/melayari internet daripada belajar

3)Faktor Pergaulan, Minat dan Motivasi
- Sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran
- Berasa keliru dan kurang yakin
- Tidak suka memulakan perbualan
- Tidak berminat dengan kursus yang sedang diikuti
- Berasa dipinggirkan
- Menghadapi masalah cinta
- Tidak berusaha bersungguh-sungguh
- Belajar kerana memenuhi kehendak ibu bapa
- Tidak mempunyai cita-cita

4)Faktor Kerohanian
- Percaya kegagalan adalah dugaan hidup
- Mudah berputus asa dengan kegagalan
- Tidak berdaya menghalang ketentuan nasib

5)Faktor Keyakinan Diri Pelajar
- Tidak merasa diri mempunyai beberapa kualiti yang baik
- Merasakan diri gagal
- Tiada apa yang boleh dibanggakan tentang diri
- Kadangkala merasakan diri tidak berguna
- Merasakan diri lemah dalam segala segi
- Berpuas hati dengan pencapaian diri

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan kajian:PUNCA PRESTASI PEMBELAJARAN YANG LEMAH DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR (NORHANI BAKRI, NOOR ZAINAB ABD. RAZAK,HAMIDAH AB. RAHMAN (K) & AMINAH HJ AHMAD KHALID)

Diharapkan pelajar-pelajar KPPU SMKAI akan mengkaji apakah faktor-faktor yang menyebabkan prestasi akademiknya tidak cemerlang, dan akan membuat penambahbaikan ke arah hala tuju yang lebih baik dan mantap. Semoga kejayaan sentiasa bersama kalian yang berusaha...