Thursday, June 3, 2010

PUNCA PRESTASI AKADEMIK PELAJAR LEMAH

Pengajaran dan pembelajaran merupakan bidang tugas utama seseorang pendidik di samping tugasan yang lain. Namun, setiap kali analisa keputusan peperiksaan dikeluarkan, ramai yang mengeluh kerana keputusan yang tidak memberangsangkan dalam kalangan pelajar. Para pendidik seringkali membuat refleksi kendiri adakah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di kelas tidak atau kurang berkesan. Persoalannya adakah refleksi kendiri ini juga turut dilakukan oleh para pelajar??..Adakah pelajar hanya membiarkan sahaja permasalahan ini atau dalam kata lain tidak ambil kisah langsung tentang prestasi pelajaran mereka. Biarlah masa dan arus yang menentukannya..Kalau nasib baik maka keputusan cemerlang dan sebaliknya. Dimanakah kesedaran mereka atau anak-anak didikku sekelian....

Terdapat beberapa faktor mengapa prestasi pembelajaran lemah dalam kalangan pelajar. Antaranya adalah:
1) Faktor Teknik Belajar
- Tidak berupaya mengurus masa belajar dengan baik
- Tidak pernah bertanya guru jika tidak faham
- Tidak memahami pelajaran
- Tidak membuat persediaan sebelum kelas bermula
- Tidak/jarang mencari bahan rujukan di perpustakaan
- Tidak mengulangkaji pelajaran setiap hari

2) Sikap pelajar
- Sikap sambil lewa atau tidak kisah
- Tidak berasa bersalah jika tidak menyiapkan kerja
- Suka berkhayal
- Suka keluar bersuka-suka dengan kawan-kawan
- Suka menangguh kerja
- Malas mengulangkaji pelajaran
- Lebih suka menonton TV/melayari internet daripada belajar

3)Faktor Pergaulan, Minat dan Motivasi
- Sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran
- Berasa keliru dan kurang yakin
- Tidak suka memulakan perbualan
- Tidak berminat dengan kursus yang sedang diikuti
- Berasa dipinggirkan
- Menghadapi masalah cinta
- Tidak berusaha bersungguh-sungguh
- Belajar kerana memenuhi kehendak ibu bapa
- Tidak mempunyai cita-cita

4)Faktor Kerohanian
- Percaya kegagalan adalah dugaan hidup
- Mudah berputus asa dengan kegagalan
- Tidak berdaya menghalang ketentuan nasib

5)Faktor Keyakinan Diri Pelajar
- Tidak merasa diri mempunyai beberapa kualiti yang baik
- Merasakan diri gagal
- Tiada apa yang boleh dibanggakan tentang diri
- Kadangkala merasakan diri tidak berguna
- Merasakan diri lemah dalam segala segi
- Berpuas hati dengan pencapaian diri

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan kajian:PUNCA PRESTASI PEMBELAJARAN YANG LEMAH DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR (NORHANI BAKRI, NOOR ZAINAB ABD. RAZAK,HAMIDAH AB. RAHMAN (K) & AMINAH HJ AHMAD KHALID)

Diharapkan pelajar-pelajar KPPU SMKAI akan mengkaji apakah faktor-faktor yang menyebabkan prestasi akademiknya tidak cemerlang, dan akan membuat penambahbaikan ke arah hala tuju yang lebih baik dan mantap. Semoga kejayaan sentiasa bersama kalian yang berusaha...

1 comment:

Hanafi Wawi said...

Selain faktor diatas pandangan saya ada juga faktor pemakanan dimana kadangkala kita sudah pun melakukan perkara diatas namun ingatan masih lagi lemah, ini disebabkan faktor pemakanan seharian yang tidak mengira halal atau haram, makanan yang tidak baik untuk minda seperti makanan segera yang mengandungi bahan-bahan pewarna dan perisa tiruan dan segalam jenis makanan yang boleh menyebabkan ingatan menjadi lemah. Jadi wajib dijaga pemakanan supaya ingatan bertambah kuat dan fikiran menjadi cerdas. Banyak makanan minda yang berada di pasaran sekarang ini antaranya produk minda GeniusXtra(GXTRA) yang terbukti berkesan apabila diuji di beberapa buah sekolah dan prestasinya menakjubkan, ini hanyalah sekadar iktiar selain memanfaatkan penggunan teknologi dalam menjadi minda yang cerdas dan pintar, bukan salah kalau mencuba untuk kebaikan, jika nak baca lebih lanjut tentang produk minda ini, layari http://www.mindagxtra.com , Sekarang berkongsi kepada anda semua untuk membantu meningkatkan prestasi anak bangsa.