Wednesday, July 20, 2011

Program Kembara Menara Ilmu

LDK




Barisan fasilitator dan guru

Setelah sekian lama menyepi, kini Pra-U SMKAI kembali dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Terkini adalah PROGRAM KEMBARA MENARA ILMU. Program ini merupakan usahasama antara pihak pengurusan KPPU dengan bekas pelajar SMKAI yang berjaya melangkah ke menara gading. Tujuan utama alah untuk memberikan gambaran awal kepada pelajar pra-u tentang kehidupan di kampus, selain mendapatkan info tentang kursus-kursus yang ditawarkan di IPT. Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar pra-u untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dan berjaya mengikut jejak abang-abang dan kakak-kakak senior. Pihak pengurusan KPPU mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas pelajar yang sanggup korbankan cuti mereka untuk bersama-sama menjayakan program ini. Kata-kata ketua fasilitator
"dari masyarakat kita datang dan kepada masyarakat kitasumbangkan"...membuktikan bahawa SMKAI telah berjaya melahirkan insan yang sentiasa mengenang jasa dan ingin berbakti kepada yang memerlukan. Diharapkan SMKAI akan terus melahirkan insan dan bijak pandai seperti mereka. Syabas juga diucapkan kepada pelajar pra-u walaupun ketiadaan bekalan elektrik masih tetap bertahan sehingga jam 5.00 petang.

Ketua Fasilitator: Saudara Eizal


Sebahagian Fasilitator



Tekun..walaupun ketiadaan elektrik..

Wednesday, February 23, 2011

KEPUTUSAN STPM 2010



Keputusan STPM 2010 telah diumumkan pada 21.2.2010 yang lalu. Walaupun pencapaian lulus penuh SMK Alang Iskandar sedikit merosot menjadi 93.06% namun dari segi kualiti agak membanggakan kerana terdapat seorang pelajar yang berjaya mendapat 4A dengan CGPA 4.00 dan seorang lagi mendapat CGPA 3.84.

Secara keseluruhan terdapat seramai 37 orang pelajar yang berjaya mendapat CGPA 2.50 ke atas.Pencapaian bagi setiap matapelajaran adalah seperti berikut:

Pengajian Am: 76.24%
Bahasa Melayu: 70.59%
Sejarah:51.39%
Geografi: 77.14%
Ekonomi : 70.45%
Pengajian Perniagaan: 89.47%
Perakuanan : 40.00%
Kesusateraan Melayu:76.19%
PSV : 100%

Tahniah diucapkan kepada unit PSV kerana kelulusan 100%. Diharapkan agar STPM tahun ini akan berlaku peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti.
Tahniah diucapkan kepada pelajar yang cemerlang:

1. Zarifatul Hasanah bt Mohd Desa -: 4.00
2. Yuvaraj a/l Ravi -: 3.84
3. Yew Bee Suan -: 3.75
4. Nurul Adila Mohd Salleh - :3.58
5. Puvana a/p Durairajoo - :3.50
6. Abdul Muin bin Sulaiman -: 3.50
7. Wan Nur Armiza Shaffinaz - :3.50

Barisan pelajar cemerlang bersama PKT6

Zarifatul Hasanah -: 4A

Yuvaraj - :2A, 2A-

Yew Bee Suan : 2A,1A-, 1B+

Nurul Adila :1A,1A-, 2B+

Puvana :3A-, 1B

Abdul Muin: 1A,1A-, 1B+, 1B

Wan Nur Armiza: 2A,1B+, 1B-