Wednesday, July 20, 2011

Program Kembara Menara Ilmu

LDK




Barisan fasilitator dan guru

Setelah sekian lama menyepi, kini Pra-U SMKAI kembali dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Terkini adalah PROGRAM KEMBARA MENARA ILMU. Program ini merupakan usahasama antara pihak pengurusan KPPU dengan bekas pelajar SMKAI yang berjaya melangkah ke menara gading. Tujuan utama alah untuk memberikan gambaran awal kepada pelajar pra-u tentang kehidupan di kampus, selain mendapatkan info tentang kursus-kursus yang ditawarkan di IPT. Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar pra-u untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dan berjaya mengikut jejak abang-abang dan kakak-kakak senior. Pihak pengurusan KPPU mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas pelajar yang sanggup korbankan cuti mereka untuk bersama-sama menjayakan program ini. Kata-kata ketua fasilitator
"dari masyarakat kita datang dan kepada masyarakat kitasumbangkan"...membuktikan bahawa SMKAI telah berjaya melahirkan insan yang sentiasa mengenang jasa dan ingin berbakti kepada yang memerlukan. Diharapkan SMKAI akan terus melahirkan insan dan bijak pandai seperti mereka. Syabas juga diucapkan kepada pelajar pra-u walaupun ketiadaan bekalan elektrik masih tetap bertahan sehingga jam 5.00 petang.

Ketua Fasilitator: Saudara Eizal


Sebahagian Fasilitator



Tekun..walaupun ketiadaan elektrik..

1 comment:

DUNIA sesawangku said...
This comment has been removed by the author.