Tuesday, May 25, 2010

GURU JURUTERA INSAN

Tiada siapa yang dapat menafikan sumbangan guru terhadap kejayaan seseorang pelajar. Namun demikian sumbangan guru kini lebih besar daripada menukarkan pelajar yang tak pandai kepada pandai dan yang pandai kepada lebih pandai. Guru sekarang bertanggungjawab membina dan membangunkan modal insan yang bukan hanya cemerlang dalam akademik malah cemerlang sahsiah juga . Hal ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan.

Yang pasti usaha itu tidak mudah. Usaha tersebut merupakan usaha berterusan, sejak orang itu dilahirkan hingga menjadi dewasa. Usaha itu menuntut penglibatan, pengorbanan dan komitmen tinggi daripada guru. Guru bolehlah digelar sebagai Jurutera Insan. Guru memikul tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Mereka akan terus bertugas tanpa mengenal erti penat dan jemu, baik di bandar , luar bandar mahupun pedalaman, tanpa meminta apa-apa balasan atau penghargaan terhadap tugas mereka. Hadiah yang paling bermakna buat seorang guru adalah kejayaan anak-anak didiknya dalam peperiksaan dan seterusnya berjaya mengharungi kehidupan berbekalkan ilmu yang dititipkan oleh guru-guru mereka. Guru akan puas jika dapat "Memanusiakan Manusia" kerana manusia ini akan menjadi orang berguna dan dapat pula memberi sumbangan kepada negara.

No comments: