Friday, May 28, 2010

Membaca Menghiburkan

Anda mungkin mendengar kata-kata berikut, "Membaca buku memeningkan kepala." Kita selalu dimarahi guru atau ibu bapa kerana malas membaca. Lalu anda mencari alasan dan menjawab, " Berilah kesempatan untuk menghiburkan diri dengan menonton TV sekejap." Kata-kata tersebut kadangkala terbawa-bawa sehingga ke akhir hayat bahawa membaca memeningkan kepada dan tidak menghiburkan.

Sebenarnya membaca itu menghiburkan anda. Membaca tidak memenatkan anda apa lagi memeningkan kepala anda. Percayalah membaca menghiburkan anda, tetapi dengan syarat anda minat membaca dan memanfaatkan apa yang anda baca. Minat membaca akan timbul jika anda tahu kepentingan dan keperluan membaca. Kalau anda memenuhi syarat-syarat tersebut , maka anda bukan sahaja terhibur apabila membaca, malah anda akan dapat rasakan bahawa itulah hiburan yang paling istimewa.Hiburan yang sebegini dinikmati oleh para pembaca yang mahir yang telah menghayati tabiat membaca.

Dalam hal ini kepada semua pelajar SMKAI mesti membaca kerana membaca itu jambatan ilmu. Orang yang banyak membaca tidak akan rugi malah ilmunya semakin bertambah. Keyakinan diri akan meningkat dan dapat memberi pendapat dengan bernas kerana ada banyak fakta dalam minda masing-masing. Untuk mencapai Prinsipal A atau Gred A dalam mata pelajaran yang diambil membaca menjadi syarat wajib di samping menguasai teknik-teknik belajar yang lain.

No comments: